Sunday, June 28, 2015

Saya Kecewa

Saya bekas Perdana Menteri selama 25 tahun. Semasa berkhidmat, sayalah yang menaikkan kawan saya menjadi orang penting dlm parti. Kini kawan saya sudah menjadi Perdana Menteri.

Malangnya, kawan saya telah merompak 100 bilion hasil negara dlm tempoh 10 tahun. Sedangkan selama 25 tahun, saya cuma rompak 30 bilion.

Jadi saya melancarkan program 'Natang to Hide' bagi membongkarkan penyelewengan yg dilakukan kawan saya. Bagai kacang lupakan kulit, ucapan saya dihentikan pihak berkuasa atas arahan kawan saya.

Saya kecewa.


Tanpa hasutan, 2015

Saturday, October 4, 2014

Tenggelam bersama duka

Tenggelam kapal kerana gelora
Tenggelam hati bersama duka

Tenggelam besi kerana beratnya
Tenggelam jiwa bersama duka

Tenggelam batu kerana jisimnya
Tenggelam ceria bersama duka

Tenggelam manusia kerana harta
Tenggelam bahagia kerana duka

Tenggelam si tamak kerana takhta
Tenggelam harmoni kerana duka


Agamalah yg memimpinmu dari hanyut duka mu

Friday, January 31, 2014

Apa Diam Itu Bahasa?

Menjadi satu lumrah dunia
Menetap disini juga disana
Belum pasti berhenti dimana
Apa diam itu bahasa?

Benarkah jarak menjadi punca
Kita sentiasa berjauhan dimata
Mengapa kita tidak bersama
Apa diam itu bahasa?

Baru sehari kita merasa
Sudah terpisah oleh masa
Benarkah engkau tergesa-gesa
Apa diam itu bahasa?

Bila mungkin kita bersua
Belum kulihat sebarang tanda
Kalau sukar untuk berkata
Apa diam itu bahasa?

Bersuaralah

Amsyar Alaauddin, DuaRibuEmpatBelas

Sunday, October 21, 2012

Biarlah itu kusebut rasa

Cerah siang panas membahang
Ingin ditepis tidak berkuasa
Celik mata terang benderang
Biarlah itu kusebut rasa

Saat pulang datanglah malam
Ingin ku ulang ke suatu masa
Sedar tidak rupanya kelam
Biarlah itu kusebut rasa

Pedih sakit tidak terhitung
Melawan rasa tidak selesa
Difikir segala rugi untung
Biarlah itu kusebut rasa

Kenang dosa selimut jiwa
Kekal hanya mampu berpuasa
Saat lenyap segala tertawa
Biarlah itu kusebut rasa


Maha Sungga

Tuesday, September 11, 2012

No Reason

If he loves you because you are beautiful
One day if something happen to you face,
He have a reason to leave you

If he loves you because you are a good woman
One day something happen and you became someone bad
He have a reason to leave you

If he loves you because you are rich
One day something happen and you became poor
He have a reason to leave you

If he loves you because of your nice body shape
One day something happen to your body
He have a reason to leave you

And, I have no reason to love you
As well, I dont have any reason to leave
I just love you and I will stay

Bara Merdeka

Namamu menggamat rasa
Mengukir seribu kata-kata

Biarpun telah berkurun lama
Namun bara masih membara

Yang disana menolak untuk mendalaminya
Ertinya Bara Merdeka

Wujudlah cahaya didasar hati ini
Untukku menghayati erti Merdeka
Erti Merdeka

Mungkin hanya
Dimulut mereka
Tapi ianya
Tidak dihati
Yang Merdeka

Bara Merdeka
Bara Merdeka
Bara Merdeka


Performed by Beyond The Fate
Battle of the Band 'Merdeka Style' UiTM Pahang 2012

Song : Ahmad Aqil Syazwan
Lyric : Amsyar Alaauddin

Tuesday, December 13, 2011

Taring Belum Tajam

Sebut saja Harimau, teringatkan pasukan bolasepak kita. Tak kira Harimau Muda atau Harimau Malaya. Keputusan yang paling menyakitkan bagi kita sudah tentu kekalahan 2-3 Harimau Muda kepada Bahrin. Biarpun gol cantik Nazmi Faiz dan jaringan baik dari pertahanan Mahali Jasuli, namun hakikatnya kita bolos 3 gol dalam masa 5 minit. Teringat kata-kata ayah saya "bolasepak adalah sukan yang paling kejam". Memang kejam, kekalahan itu menyentap hati kita semua yang bersorak 2 kali lebih awal dari mereka. Segalanya tidak sepatutnya berlaku dengan cara itu kerana kita pasukan yang lebih baik dari mereka. Kita sudahpun mendahului 2 jaringan. Tinggal cuma adalah mengekalkan rentak permainan. Tidak dinafikan pemain kita hilang fokus. Dan beberapa pemain kita yang terpaksa dikeluarkan atas faktor kecederaan. Sekaligus mengubah rentak permainan skuad Harimau Muda. Apatah lagi prestasi buruk Thamil Arasu yang langsung tidak membantu dalam memberi sumbangan kepada pasukan. Kita boleh menjaringkan gol namun tidak melalui penyerang. Taring kita cukup tumpul. Langsung tiada penyudah. Barangkali Malaysia perlu mencari penyerang baru dan tidak hanya berharap kepada Thamil Arasu, Fakhri Saarani. KIta perlukan penyudah yang lebih tajam. Apalah seekor Harimau jika tidak mempunyai taring yang tajam. Malaysia boleh