Tuesday, December 13, 2011
Taring Belum Tajam
Sebut saja Harimau, teringatkan pasukan bolasepak kita. Tak kira Harimau Muda atau Harimau Malaya. Keputusan yang paling menyakitkan bagi kita sudah tentu kekalahan 2-3 Harimau Muda kepada Bahrin. Biarpun gol cantik Nazmi Faiz dan jaringan baik dari pertahanan Mahali Jasuli, namun hakikatnya kita bolos 3 gol dalam masa 5 minit. Teringat kata-kata ayah saya "bolasepak adalah sukan yang paling kejam". Memang kejam, kekalahan itu menyentap hati kita semua yang bersorak 2 kali lebih awal dari mereka. Segalanya tidak sepatutnya berlaku dengan cara itu kerana kita pasukan yang lebih baik dari mereka. Kita sudahpun mendahului 2 jaringan. Tinggal cuma adalah mengekalkan rentak permainan. Tidak dinafikan pemain kita hilang fokus. Dan beberapa pemain kita yang terpaksa dikeluarkan atas faktor kecederaan. Sekaligus mengubah rentak permainan skuad Harimau Muda. Apatah lagi prestasi buruk Thamil Arasu yang langsung tidak membantu dalam memberi sumbangan kepada pasukan. Kita boleh menjaringkan gol namun tidak melalui penyerang. Taring kita cukup tumpul. Langsung tiada penyudah. Barangkali Malaysia perlu mencari penyerang baru dan tidak hanya berharap kepada Thamil Arasu, Fakhri Saarani. KIta perlukan penyudah yang lebih tajam. Apalah seekor Harimau jika tidak mempunyai taring yang tajam.
Malaysia boleh
Subscribe to:
Comments (Atom)