Saturday, October 4, 2014

Tenggelam bersama duka

Tenggelam kapal kerana gelora
Tenggelam hati bersama duka

Tenggelam besi kerana beratnya
Tenggelam jiwa bersama duka

Tenggelam batu kerana jisimnya
Tenggelam ceria bersama duka

Tenggelam manusia kerana harta
Tenggelam bahagia kerana duka

Tenggelam si tamak kerana takhta
Tenggelam harmoni kerana duka


Agamalah yg memimpinmu dari hanyut duka mu

Friday, January 31, 2014

Apa Diam Itu Bahasa?

Menjadi satu lumrah dunia
Menetap disini juga disana
Belum pasti berhenti dimana
Apa diam itu bahasa?

Benarkah jarak menjadi punca
Kita sentiasa berjauhan dimata
Mengapa kita tidak bersama
Apa diam itu bahasa?

Baru sehari kita merasa
Sudah terpisah oleh masa
Benarkah engkau tergesa-gesa
Apa diam itu bahasa?

Bila mungkin kita bersua
Belum kulihat sebarang tanda
Kalau sukar untuk berkata
Apa diam itu bahasa?

Bersuaralah

Amsyar Alaauddin, DuaRibuEmpatBelas