Hitam selalunya digambarkan kotor, gelap dan ketakutan. Ini sudah menjadi terlalu sinonim walau di mana sekalipun. Kalau di dalam filem, warna hitam biasanya menggambarkan ketakutan dan kejahatan. Ilmu yang menyimpang juga di sebut ilmu hitam. Yang jelas, hitam tetap menggambarkan kejahatan. Namun kini semuanya berubah. Hitam kini terdapat dalam pelbagai warna. Hitam diaplikasikan dalam bentuk putih. Dan ianya terlalu banyak sehingga kita sukar untuk menilai yang mana putih tulen, yang mana putih dusta. Ahli ahli politik Malaysia khususnya menggunakan medium lain untuk melakukan jenayah moden. Mereka duduk di kerusi-kerusi menteri dengan imej-imej pemimpin, namun hakikatnya mereka yang paling banyak menggelapkan wang negara sehingga begitu ramai penduduk di Malaysia yang masih tidak cukup makanan. Orang-orang seperti mereka ini kenyang dengan wang hasil rompakan 'bersih' mereka. Ketua mereka seolah-olah buta mata apabila sekadar membiarkan sahaja perlakuan ini berterusan. Atau mungkin ketua mereka sudah mendapat bahagian untuk mengisi poketnya.
Namun apa pun warna yang mereka gunakan untuk menggantikan hitam, kita sebagai rakyat biasa hanya mampu melihat, melainkan kita ubah pimikiran sempit kita untuk mengubah kerajaan!