Medium kekarutan banyak digunakan di Facebook dan blog terutama oleh perempuan-perempuan yang katanya kebosanan. Lantas mereka mengambil gambar sendiri dengan banyak lalu dimuat masuk di FB atau blog dengan caption 'bila bosan melanda'. Tidak, ini bukan entri mengomen mereka. Cuma sedikit perbandingan antara mereka yang sebenarnya tidak bosan tetapi mahu gambarnya dilihat ramai dengan mereka-mereka yang sedikit kreatif. Mereka yang kebosanan tidak memerlukan gambar sendiri dimasukkan ke internet, mereka cuma perlukan gitar sebagai alat peneman. Lantas petikan-petikan spontan telah melahirkan lagu karut. Ya memang karut, namun lagu ini kalau didengar semula dapat juga menarik bibir untuk senyum. Berikut adalah contoh hasil kekarutan yang dihasilkan.
A 434 - Azmil Bulu Bulu
Azmil memang berbulu saat kita bertemu
Oh Azmil engkau berbulu, bulumu sangat tepu
Bulumu menjadikan diriku seorang manusia
Oh Azmil berbulu, berbulu lebat
Lebatmu yang berbulu, bulumu lebat
Oh Azmil berbulu lebat, lebat
Ooooooo Oooooo Ooooo
Oh Azmil bulumu menjadikan aku sangat rindu
Oh Azmil bulu kamu, sangatlah aku rindu Azmil
Azmil, Azmil, Azmil, Azmil....
Album : Sem 1
Komposer : Chai & Dan
Gitar Lead : Wan
Rhythm : Chai
Lirik : Chai & Dan
Penyanyi : Chai & Dan
Idea asal oleh Wan, pakar rakaman dalam bilik.
Abaikan lirik, teliti muzik solo dari Wan.
Mungkin akan ada album 'Sem 2' pada semester hadapan.
Wednesday, May 18, 2011
Monday, May 2, 2011
Membelakangi Pelangi
Dalam seribu warna yang barangkali wujud, hanya 7 daripada mereka dimaktubkan dalam warna pelangi. Mungkin saya lupa warna-warna tersebut dan saya yakin anda juga tidak dapat memberi urutan warna yang tepat. Tetapi itu bukan menjadi satu isu. Saya bukanlah saintis untuk mengajak anda berbicara tentang sains. Apa yang saya mampu adalah mengolahkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari bidang anda kedalam bidang saya. Dari bidang dalam ke bidang luar. Menggunakan fantasi untuk diterjemahkan ke dunia pengetahuan. Berbalik kepada cerita pelangi, jelas boleh dikatakan pelangi itu cukup cantik, sesuatu yang jarang dilihat, dan ianya mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi. Ia adalah sesuatu yang ajaib. Namun malangnya pelangi ini dibelakangi oleh ramai manusia. Buta warna bukan penyebab. Soalnya kerana mereka taksub dengan amarah diri sendiri hingga lupa bahawa mereka sebenarnya bergantung kepada sesuatu yang indah. Walhal pelangi itulah yang meberi mereka senyuman selama ia bersinar, sehingga ia tidak lagi kelihatan. Ia sebahagian dari alam, yang mana tidak semua yang cerah akan sentiasa cerah.
Subscribe to:
Comments (Atom)