Monday, May 2, 2011

Membelakangi Pelangi

Dalam seribu warna yang barangkali wujud, hanya 7 daripada mereka dimaktubkan dalam warna pelangi. Mungkin saya lupa warna-warna tersebut dan saya yakin anda juga tidak dapat memberi urutan warna yang tepat. Tetapi itu bukan menjadi satu isu. Saya bukanlah saintis untuk mengajak anda berbicara tentang sains. Apa yang saya mampu adalah mengolahkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari bidang anda kedalam bidang saya. Dari bidang dalam ke bidang luar. Menggunakan fantasi untuk diterjemahkan ke dunia pengetahuan. Berbalik kepada cerita pelangi, jelas boleh dikatakan pelangi itu cukup cantik, sesuatu yang jarang dilihat, dan ianya mempunyai daya tarikan yang cukup tinggi. Ia adalah sesuatu yang ajaib. Namun malangnya pelangi ini dibelakangi oleh ramai manusia. Buta warna bukan penyebab. Soalnya kerana mereka taksub dengan amarah diri sendiri hingga lupa bahawa mereka sebenarnya bergantung kepada sesuatu yang indah. Walhal pelangi itulah yang meberi mereka senyuman selama ia bersinar, sehingga ia tidak lagi kelihatan. Ia sebahagian dari alam, yang mana tidak semua yang cerah akan sentiasa cerah.

No comments: