Dia
Yang terang dalam berkata
Mengolah setiap cerita
Menguburkan semua dusta
Memadamkan segala sengketa
Dia
Yang terang tatkala bersama
Andai tenggelam tidak lama
Merungkai kisah rama-rama
Mendefinasikan sebuah irama
Dia
Yang terang dalam gelita
Berprinsip diam itulah kata
Mampu mengamankan segenap kota
Jua meruntuhkan sebuah takhta
Namun dia
Yang terang lagi berwarna
Masih mencari sebuah makna
Tempat dituju entah dimana
Kerana dia bukanlah sempurna
Dikarang secara berahsia, 10.30 malam.
'A self tribute'
No comments:
Post a Comment