Friday, December 17, 2010

Malaysia pasti ke final!

Segala usaha telah dilakukan untuk mengalahkan Vietnam di separuh akhir bagi menempah tiket di final dan sekaligus menjadi juara di Piala AFF Suzuki. Kini hampir jelas Malaysia yang dilihat sudah sebelah kaki di perlawanan akhir apabila menumpaskan Vietnam 2-0 di separuh akhir pertama. Bagi perlawanan sabtu ini, Malaysia hanya perlu seri atau kalah dengan jaringan satu gol untuk layak ke final. Peluang Malaysia agak cerah kerana berjaya memastikan Vietnam gagal menjaringkan gol di kubu Malaysia dan sekiranya Malaysia berjaya menambah satu gol di Vietnam, Malaysia masih akan layak meskipun tewas 1-3, 2-4 atau 3-5 berdasarkan jaringan gol tempat lawan. Ayuh kita sama-sama memasang impian bahawa Malaysia pasti akan ke perlawanan akhir.

Malaysia boleh!

Monday, November 22, 2010

Berkabung

Saya akan mengambil masa beberapa hari untuk berkabung, ini berikutan kekalahan pasukan badminton Malaysia dalam sukan asia terutamanya beregu lelaki dan perseorangan lelaki. Meskipun kita sudah mempunyai pemain yang cukup hebat di bidang itu namun takdir tetap menentukan bahawa pasukan badminton Malaysia tetap tewas. Dalam acara regu ternyata juara Olimpik, Markis Kido dan Hendra Setiawan cukup hebat dan telah memenangi kejuaran ini meskipun Malaysia sudah dilihat sangat hampir untuk pingat emas. Kedukaan ini berterusan dengan tewasnya jagoan perseorangan kita di tangan 'Super Dan'. Ternyata Lin Dan memang seorang jaguh yang paling hebat ketika ini. Dengan kemenangan ini, Lin Dan telah melengkapkan kesemua koleksi kejuaraan besar dalam dunia badminton termasuk piala Thomas, Kejuaraan dunia serta kejuaraan yang paling berprestij, sukan Olimpik. Apapun Lee Chong Wei tetap mempamerkan aksi yang baik. Cuma nasib belum memihak kepada kita. Meskipun sedih, saya ucapkan syabas wira negara.

Dan, you are super damn good!

Wednesday, October 13, 2010

Masih tentang bundle

Walaupun kaki-kaki bundle semua cuma menyelam didarat, tetapi mereka juga perlu berhati-hati. Bukan bimbangkan lemas namun berkemungkinan akan mendapat hasil yang mendukacitakan. Negara Thailand telah mengeluarkan baju terpakai tiruan yang dibuat dengan teliti sehingga hampir menyamai baju-baju tulen dari negara barat. Bukan sahaja gambar dan tag, malah @copyrite 1990, 1980 juga turut diciplaknya. Apa yang lebih dahsyat, jahitan single atau single stitch juga telah ditiru sehingga membuatkan sesetengah baju itu kelihatan seolah-olah dalam conditon 'deadstock'. Namun masih terdapat kelemahan dalam peniruan ini iaitu yang pertama adalah kualiti rendah kainnya masih dapat dikesan dan kedua kualiti printing yang kurang bermutu. Mereka yang arif pasti dapat mengesan kecacatan ini. Jadi jika sesiapa yang mahu mula menceburi bidng ini, maka berhati-hatilah dengan produk ciplak ini. barangkali anda akan menyesal dikemudian hari. Dapatkan nasihat dari yang mahir.

Hanya jauhari juga yang mengenal manikam.

Berlalu Sudah

Hari ini sudah masuk hari keempat dalam bulan Zulkaedah. Bermakna sudah 4 hari berlalunya bulan syawal. Maka tidak akan berkumandang lagi lagu-lagu raya di radio dan juga di television. Mengimbas kembali persiapan raya, segalanya dibuat separti kita akan melalui sambutan Aidilfitri selama beberapa bulan. Namun sebenarnya Aidilfitri hanya disambut sebentar sahaja. Ianya cuma hangat beberapa hari, paling lama seminggu. Selepas itu kita sudah lupa pada hari raya. Barangkali kesibukan tugas menghalang kita untuk terus menghayati hari raya ini. Maka suka tak suka, kita perlu menunggu setahun lagi untuk kembali merasa kemeriahan hari yang cukup ceria ini.

Sebenarnya semua dari kita merindui suasana hari raya.

Tuesday, October 12, 2010

Menyelam

Tak dinafikan bahawa mereka yang rajin menilik barang dalam bundle pasti akan berjumpa dengan baju-baju yang jarang termilik oleh penggemar bundle yang lain. Malah ada yang terjumpa baju yang mungkin hanya beliau seorang sahaja yang memakainya di Malaysia. Tapi sebenarnya, perihal terjumpa barang 'rare' ini lebih bergantung kepada dua faktor. Pertama nasib dan kedua mampu. Nasib merujuk kepada rezeki dimana kebetulan pada saat seseorang menyelam beliau terjumpa sesuatu yang menjadi idaman semua. Tanpa nasib, walau kedasar mana pun kita menyelam kita tidak akan jumpa walau sehelai baju yang punya nilai. Faktor kedua adalah mampu yang merujuk kepada kemampuan kewangan. Jika kita terjumpa dengan sesuatu yang bernilai sekalipun, jika harga yang ditwarkan tidak bersesuaian dengan nilai taruhan dalam poket, maka ia menjadi sesuatu yang membuatkan hanya gigit jari. Namun kita tidak pernah tahu rezeki sendri, jadi apa yang harus dibuat teruskan menyelam sedalam-dalamnya. Tapi jangan lupa tebalkan poket supaya kisah memgigit jari ini tidak berlaku. Apa yang pasti, dasar mana pun pasti ada ikan.

Keep going bundlers!

Saturday, October 9, 2010

Lagenda Kita



Lobo adalah seorang penyanyi dan pembuat lagu dari Amerika yang popular pada tahun 70an. Saya tidak mahu menceritakan kisah agung kita ini, namun jika anda amati muzik dan lagu nyanyian Lobo ini sudah cukup membuktikan tentang kehebatan lagenda kita ini di mata dunia.

Saturday, September 18, 2010

Warna lain hitam

Hitam selalunya digambarkan kotor, gelap dan ketakutan. Ini sudah menjadi terlalu sinonim walau di mana sekalipun. Kalau di dalam filem, warna hitam biasanya menggambarkan ketakutan dan kejahatan. Ilmu yang menyimpang juga di sebut ilmu hitam. Yang jelas, hitam tetap menggambarkan kejahatan. Namun kini semuanya berubah. Hitam kini terdapat dalam pelbagai warna. Hitam diaplikasikan dalam bentuk putih. Dan ianya terlalu banyak sehingga kita sukar untuk menilai yang mana putih tulen, yang mana putih dusta. Ahli ahli politik Malaysia khususnya menggunakan medium lain untuk melakukan jenayah moden. Mereka duduk di kerusi-kerusi menteri dengan imej-imej pemimpin, namun hakikatnya mereka yang paling banyak menggelapkan wang negara sehingga begitu ramai penduduk di Malaysia yang masih tidak cukup makanan. Orang-orang seperti mereka ini kenyang dengan wang hasil rompakan 'bersih' mereka. Ketua mereka seolah-olah buta mata apabila sekadar membiarkan sahaja perlakuan ini berterusan. Atau mungkin ketua mereka sudah mendapat bahagian untuk mengisi poketnya.
Namun apa pun warna yang mereka gunakan untuk menggantikan hitam, kita sebagai rakyat biasa hanya mampu melihat, melainkan kita ubah pimikiran sempit kita untuk mengubah kerajaan!

Sunday, May 23, 2010

Cerita lebih lama

Antara perkara yang pasti boleh membuatkan kita tersenyum dan menangis secara keseorangan adalah apabila kita merenung kembali gambar-gambar lama kerana disebalik gambar tersebut tercatat terlalu banyak kisah yang telah kita lalui suatu masa dahulu. Sehingga kadang-kadang kita terasa ingin kembali ke zaman itu. Kadang-kadang kita terfikir orang yang kita kenal dahulu lebih baik dari orang yang kita kenal hari ini. Ada yang dari kita telah terputus hubungan dengan mereka. Kita mahu kembali seperti kita pernah bersama dahulu. Tidak dinafikan memori hari ini jugak baik tapi memori lama adalah yang terbaik dalam mencipta memori hari ini. Jika sesiapa dari anda yang ada didalam gambar ini, lelaki atau perempuan hubungilah saya. Barangkali kita boleh berbual di warung kopi.










Dimanakah anda sekarang?

Thursday, May 20, 2010

Cerita Rakyat

Cerita rakyat melalui pandangan mata kasar melayu adalah sebagai ekspresi budaya masyarakat melayu melalui kisah-kisah benar mahupun rekaan. Menekankan unsur pengajaran, cerita rakyat biasanya adalah cerita dongeng budaya melayu yang dijadikan panduan dalam mencipta tauladan terhadap masyarakat. Sehingga kini terdapt ribuan kisah rakyat yang telah ditulis oleh pelbagai penulis dan juga diperdengarkan didalam pelbagai majlis untuk dijadikan iktibar. Menjadi satu keperluan juga bagi kanak-kanak yang baru mengenal huruf dalam membeli buku cerita rakyat. Ini kerana bahasa yang cuba dipaparkan adalah dalam bahasa yang mudah dan sudah menjadi lumrah akan kanak-kanak sering terhibur dengan kisah-kisah binatang. Jika ianya ditulis dalam kisah haiwan, maka sang kancil adalah lagendanya. Dialah yang paling licik dan yang paling pandai dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Jadi kalau kita masih menghargai kisah-kisah begini, kerap-keraplah membaca kisah begini di internet. Apa yang penting, jangan kita rosakkan cerita rakyat dengan menggunakan nama ini dalam web sendiri dengan pelbagai 'post-post' karut.

Bahasa budaya bangsa.

Wednesday, May 19, 2010

Khabar Orang Sana

Khabar orang sana
Yang jauh beribu batu
Mungkin jua ke negeri Cina
Hingga disini hidup tak tentu

Khabar orang sana
Yang masih ingin mencuba
Setelah gagal dan merana
Untuk tidak terus dihamba

Khabar orang sana
Yang hilang dari mata
Hingga kini masih kemana
Apa sudah berumah di kota

Khabar orang sana
Yang masih jua hilang
Andai hidup masih berwarna
Harap jangan lupa bertandang


Maha, Jam 8 malam

Saturday, May 15, 2010

Untuk tidak kalah

Kita belumba
Berlainan tempat bermula
Menuju destinasi yang sama

Engkau dulu yang mula
Ketika aku masih tiada
Lalu engkau selesa

Tapi engkau leka
Pada suatu ketika
Lalu ia hampir tergendala

Kemudian datang aku pula
Tika engkau masih berusaha
Tapi ia pasti tak lama

Engkau masih disana
Pada lorong lurus yang sama
Tapi simpang engkau tak tahu di mana

Kemudian aku mula mengorak
Dengan pantas aku bergerak
Walau begitu aku tidak menolak

Sehingga aku ternampak titik
Ku perkuatkan yang lembik
Kerana aku sudah tertarik

Aku fikir aku yang didepan
Rupanya aku tidak perasan
Bahawa dia sudah meraikan

Aku fikir aku mahu melonjak
Dan tidak mahu berganjak
Tapi dia dulu dipuncak

Kini ku tahu engkau yang menang
Walau sesuatu telah berkurang
Engkau pasti bersenyum tenang

Walau begitu ia belum sudah
Aku tidak mahu kalah
Dengan cara cuba mengendah

Aku fikir aku dapat melupakan
Untuk menjadi seorang teman
Tapi itu masih dalam lamunan

Sekarang engkau pergilah jauh
Agar hilang semua yang keruh
Supaya tidak kembali tumbuh

Sehingga kini ianya susah
Tapi aku harus tabah
Kerana aku bukan lemah

Dan aku tidak mahu kalah!

Milik Siapa?

Yang itu makanan aku
Tapi jika engkau lapar
Aku boleh berkongsi

Yang itu minuman aku
Tapi jika engkau dahaga
Aku boleh berkongsi

Yang itu pakaian aku
Tapi jika engkau sejuk
Aku boleh berkongsi

Yang itu kenderaan aku
Tapi jika engkau perlu
Aku tetap boleh berkongsi

Yang itu katil aku
Tapi jika engkau mengantuk
Aku masih boleh berkongsi

Yang itu perempuan aku
Apa ini juga aku perlu berkongsi?

Yang sudah itu sudah!

Thursday, May 13, 2010

Pernah Dulu

Pernah dulu engkau berkata
Pada ketika engkau bercinta
Engkau tidak akan berdusta
Tapi kini engkau bersengketa

Pernah dulu engkau tertawa
Pada ketika engkau berdua
Engkau fikir sehati sejiwa
Tapi kini ianya tak terbawa

Pernah dulu engkau gembira
Pada ketika engkau bersama
Engkau anggap ia selamanya
Tapi kini semuanya tak sama

Pernah dulu engkau menangis
Pada ketika engkau terguris
Engkau anggap ianya sadis
Tapi kini semuanya bertapis

Apa engkau masih menunggu
Apa engkau masih merindu
Apa engkau masih disitu
Apa engkau tak kenal aku


Tinggalkan yang sudah!

Teknologi atau Magis?

Saya sedang bercakap tentang binaan yang boleh dikatakan agung. Seperti kisah piramid yang dibina sewaktu zaman lampau dahulu tanpa menggunakan sebarang kren dengan timbunan batu yang mana mencapai beratus-ratus kilogram hanya dijayakan dengan tenaga manusia sepenuhnya. Itu terletak di benua Afrika, iaitu Mesir. Lain pula ceritanya di Asia Tenggara. Indonesia adalah sebuah negara yang kini penduduknya kebanyakan beragama Islam. Akan tetapi pada satu ketika dahulu tamadun keagamaan disana didominasikan oleh Buddha dan Hindu. Ini dijelaskan dengan tinggalan binaan agung mereka. Jika tamadun itu kecil, masakan mereka mampu membina pusat ibadat yang mustahil dibina pada waktu itu. Terletak di Jogjakarta terdapat dua buah candi yang sangat terkenal di seluruh dunia iaitu Candi Borobudur dan Candi Prambanam. Sehingga kini ia masih belum dapat dipastikan teknologi apakah yang dapat membantu mereka menyiapkan binaan sebegitu rupa.










Disebelah kiri adalah Candi Prambanam dan sebelah kanan adalah Candi borobudur. Lihat pula saiz manusia dengan saiz candi. Ini adalah ajaib!

Aku perlukan tiket untuk ke sana!

Pada Engkau Ada Sesuatu

Pada engkau ada rindu
Yang pernah bersama dulu
Kini semua tinggal debu

Pada engkau ada sayang
Yang pernah engkau tuang
Kini semua telah hilang

Pada engkau ada cinta
Yang pernah engkau buta
Kini semua tinggal kata

Pada engkau ada setia
Yang pernah dulu beria
Kini semua tinggal cerita

Dulu cinta engkau mantap
Tapi semua aku sentap
Apa engkau masih berharap?

Amsyar Alaauddin dengan cuaca sekarang

Wednesday, May 12, 2010

Matlamat

Perbuatan itu pasti ada matlamat. Menulis blog juga ada matlamat. Matlamatnya adalah untuk meluahkan apa yang sedang terbuku dan kita pasti mahu ia di baca. Saya fikir matlamat saya sudah tercapai apabila saya mendapat tahu ada beberapa pengikut setia yang sering membaca blog saya. Meskipun jarang mereka tinggalkan komen, namun beberapa ayat tertentu telah digunakan sebagai inspirasi mereka. Jadi matlamat saya menulis blog sudah tercapai.

Teruskan membaca!

Tuesday, May 11, 2010

Blog

Sebenarnya ramai pengguna facebook adalah pengguna blog. Aku lihat ramai dari mereka gemar menulis didalam blog. Aku tidak mahu tahu apa yang mereka ingin sampaikan. Kerana terlalu banyak blog yang wujud setiap hari. Sehingga ada dari mereka yang terlalu gemar mengemaskini blog sanggup menulis entri 2 patah perkataan tanpa tajuk. Betapa mereka terlalu obses untuk memiliki blog. Walhal menulis tidaklah sukar. Apa yang kita perlukan cuma idea. Idea untuk menjana idea. Bukan idea untuk mematikan idea. Aku menulis di dalam blog bermula pada 2008, pada tahun itu hanya 2 entri yang dapat diriliskan. Kemudian aku sepi selama 1 tahun dan kembali aktif pada tahun ini. Menulis sesuatu adalah mudah, tetapi menulis sesuatu yang baik mungkin sukar. Seperti muzik, ramai yang kononnya minat bermuzik namun tidak ramai yang boleh bermuzik dan pemuzik yang hebat tidak semestinya berpakaian hebat.
Jadi jika anda mahu menulis, pilih sahaja satu tajuk kemudian anda uraikan sebuah cerita. Hampir setiap malam aku punya idea untuk menulis tetapi hampir setiap pagi juga aku lupa apa yang fikirkan semalam.

Blog itu satu 'trend'.

Monday, May 10, 2010

Oh Panas!

Aku tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini cuaca selalu panas. Secara serius aku jelaskan bahawa aku berpeluh hampir 24 jam, dan hampir 24 jam jugalah aku tidak berbaju. Waktu makan berpeluh, waktu minum berpeluh, waktu melayari internet berpeluh, waktu memandu berpeluh dan waktu tidur juga aku berpeluh. Entah bila pula peluh ini mahu berhenti aku tidak pasti. Barangkali bila aku menginap di sebuah hotel yang mempunyai penghawa dingin yang berfungsi dengan baik. Ketika itu mungkin aku telah terlalu sejuk sehingga memerlukan sesuatu untuk dipeluk. Pada saat ini aku sedang mencari tempat lepak yang dingin yang mampu menghalang badan aku dari berpeluh. Aku jemu dengan badan yang sentiasa melekik. Barangkali aku patut aktif pada waktu subuh sahaja. Jika sesiapa ada idea tentang tempat yang nyaman dan agak tersembunyi, sila jemput aku ke sana. Aku mahu kedinginan dan sedikit privasi. Boleh juga melantak jagung bakar dan air soya ditemani coklat rocky pelbagai perisa.

Sedang berpeluh. Ini baru panas dunia.

Thursday, May 6, 2010

Lain tak berbeza

Kita fikir mereka jahanam
Tapi kita seperti semalam

Kita fikir mereka celaka
Tapi kita hanya bermuka

Kita fikir mereka lain
Tapi kita tak cukup kain

Kita fikir mereka berbeza
Tapi kita tetap serupa








Samakah kita?

Generasi

Rata-rata dari mereka ada kemahiran tertentu yang mahu diwariskan. Ada dari mereka yang mahu mewariskan perniagaan gedung besar, ada yang mahu mewariskan empayar perkapalan dan ada juga hotel 5 bintang kepada generasi baru mereka. Aku tidak punya semua itu. Aku cuma ada sedikit kemahiran dalam bersukan. Itu juga telah diwarisi dari bapaku sendiri. Jadi jika aku punya anak suatu hari nanti, pasti aku akan menurunkan kemahiran memukul bulu tangkis ini. Sekurang-kurangnya pandai juga dia bersukan. Soal muzik, aku belum terfikir. Itu mungkin bergantung kepada ibunya. Jika ibunya seorang pemain drum, maka dia akan bermain drum. Jika ibunya seorang Laurie Berkner maka dia akan sering menyanyikan lagu berunsur Dinosaurs. Sudah! Abaikan siapa ibumu, ini ayah mahu bercerita tentang 'backhand smash'.

Sukan tak sama dengan muzik.

Wednesday, May 5, 2010

Sangkar Lutsinar

Pernahkah kita terfikir tentang nasib burung di dalam sangkar? Kenapa ia tak dilepaskan? Mungkin kerana tuannya terlalu sayang pada burung tersebut. Namun belum tentu burung itu gembira. Ia perlu bebas, ia mahu terbang. Dunianya bukan didalam sangkar tetapi dunianya di hutan, di sungai dan di langit luas. Jadi ia sepatutnya hidup didalam dunianya sendiri tidak kira berapa sayang tuannya kepada burung itu. Memang benar burung itu di suap makanan setiap hari tetapi tidak mungkin ia akan senang bila dipaksa berada di alam lain. Jadi lepaskan sahaja burung itu, biarkan ia bebas.

Terbanglah, jika engkau ke tanah jangan lupa berkicap denganku.

Tuesday, May 4, 2010

Jawapan Bisu

Kadang mereka sering bertanya kenapa aku tidak menjawab apabila ditanya. Aku tahu setiap soalan itu memerlukan jawapan untuk dirungkai. Namun aku mahu menegaskan bahawa jawapan dari mulut sahaja adalah bukan jawapan sebenar. Tidak semestinya jawapan yang baik. Jawapan yang baik barangkali wujud bila kita mendiamkan diri. Barangkali diam itu adalah jawapan yang dapat menceritakan segala-galanya. Jadi apa salahnya kita mentafsirkan sesuatu jawapan itu sendiri apabila soalan kita tidak dapat dibalas dengan kata-kata.


Tak semestinya kita hanya perlu bertanya

Monday, April 26, 2010

Dunia Penulisan

Menulis boleh menjadi satu hobi dan hobi ini akan menjadi sesuatu yang menarik apabila setiap penulisan kita mendapat perhatian. Semua yang ditulis akan dibaca oleh ramai pembaca yang kadang-kadang kita tak jangka penulisan kita menjadi buah mulut dikalangan sesiapa sahaja. Tapi adakalanya penulisan yang terlalu banyak berkias akan menjadikan sesiapa sahaja kurang jelas. Tak mengapa jika mereka tidak faham tetapi apa yang membimbangkan adalah hasil karya itu disalah tafsirkan sehingga menimbulkan pertelingkahan kecil. Saya akui saya tidak gemar menulis sesuatu secara jelas, biasanya akan berlapik. Saya memohon ampun jika kiasan saya itu memgguriskan hati walhal saya tidak berniat begitu. Saya tidak menulis secara khusus sebaliknya am, jadi anda tafsirlah dengan sebaiknya. Jika tidak perlu sila abaikan. Saya tidak mahu mengguris hati sesiapa. Saya cuma mahu menulis dan berkongsi idea.

Risiko menjadi seorang penulis adalah diserang dengan pertanyaan.

Zaman Berzaman

Sekarang tahun 2010, sudah banyak yang berubah. Lihat manusia berubah, lihat zaman berubah, lihat musim berubah. Lebih gemar melihat laut kerana tetap sama. Kadang-kadang mahu kembali dan bermula semula. Tapi itu cuma mimpi di siang hari. Walaupun manusia berubah tetapi gambar tidak pernah berubah. Beberapa gambar dapat menceritakan berjuta maksud. Meskipun banyak gambar yang telah hilang namun masih ada yang tetap disimpan.


Zaman The Cribs
Zaman Newboyz
Zaman The Strokes
Zaman F4
Zaman Modern Talking


Terlalu cepat masa berlalu hingga melenyapkan zaman-zaman ini. Kalaulah kita dapat kembali, sudah pasti kita akan berpatah balik.

Dahulunya ia berwarna biru

Aku lihat langit itu biru
Semuanya tenang
Datang pula langit kelabu
Semuanya bimbang

Aku lihat langit itu biru
Semuanya ceria
Datang pula langit kelabu
Semuanya bermuka

Aku lihat langit itu biru
Semuanya tertawa
Datang pula langit kelabu
Semuanya berduka

Aku lihat langit itu biru
Semuanya berbual
Datang pula langit kelabu
Semuanya mual

Aku lihat langit itu biru
Semuanya kebal
Datang pula langit kelabu
Semuanya terjual

Aku lihat langit itu biru
Semuanya mahal
datang pula langit kelabu
Semuanya tertinggal

Aku lihat langit itu biru
Semuanya senang
Datang pula langit kelabu
Semuanya terbayang

Aku lihat langit itu biru
Semuanya sayang
Datang pula langit kelabu
Semuanya hilang

Aku lihat langit itu biru
Semuanya baik
Datang pula langit kelabu
Semuanya terbalik

Aku lihat langit itu biru
Semuanya indah
Datang pula langit kelabu
Semuanya gundah

Aku tidak bersedih dengan kedatangan awan kelabu, aku cuma terkilan dengan peristiwa yang belaku selepas kehadiran awan kelabu itu. Jangan gusar kerana sudah sampai masanya kita menanggung akibat tidak menghargai awan biru. Kita mahu selalu terang malangnya kita tidak dapat mengubah semua.

Langit oh langit!

Kemahuan dan Keperluan

Kita perlu jelas tentang dua perkara ini. Apa maksud mahu dan apa pula maksud perlu? Itu tak perlu diterangkan kerana anda semua tahu. kepada yang masih belum faham saya mengesyorkan bahawa anda membuka kamus dewan. Ketika menulis artikel ini saya sedang mendengar lagu Rabbani - Pergi tak Kembali. Ayat pertama dalam lirik lagu ini adalah 'setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir'. Sebuah lagu dengan penulisan lirik yang cukup baik sehingga memberi impak kepada saya sendiri. Al fatihah kepada penyanyi utamanya Ustaz Asri yang telah kembali menghadap Allah. Saya pasti kita semua akan melalui kesan yang teruk dalam hati jika berlaku perpisahan kerana itu bukan kemahuan. Namun kita juga perlu sedar bahawa tak semua yang kita mahu itu adalah perlu dan tak semua yang kita tidak mahu itu adalah tidak perlu. Saya pernah menulis satu artikel bertajuk 'Mengimbas' dan mengajak anda kembali membaca post-post lama tak kira pada blog sesiapa sekalipun. Namun sedang saya membelek post-post lama pelbagai blog, saya terlihat beberapa perkara yang saya tidak mahu lihat. Perkara itu amat mengguriskan hati dan saya terpaksa segera menutup blog tersebut. Saya tidak dapat membuang perkara itu dan ia sudah bertapak kukuh didalam minda. Saya tidak mahu perkara begitu terjadi. Namun saya tertanya adakah perkara itu perlu? Jika tidak saya tidak mahu lagi melihat tetapi jika ya, saya tidak pula sanggup untuk terus begitu.

Dibakari!

Sunday, April 25, 2010

Cerita si Tukang Kasut

Ada satu tempat, tempat itu menarik sekurang-kurangnya dari pandangan aku. Di namakan tempat itu Kuala Terengganu. Bukan tempat aku dilahirkan. Tapi tempat dimana aku sekarang. Ia sudah mendapat gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air. Akan tetapi, ini bukan cerita pelancongan. Ini cerita tentang kehidupan manusia. Aku lihat dari sudut seseorang sedang menjahit di kaki lima. Dia bukan penjahit baju dengan mesin jahit Singer. Dia adalah si tukang kasut. Dia membawa peralatan tukul bukan untuk membina sampan atau mendirikan pondok. Dia cuma ada kelebihan dalam membaiki kasut. Dia tidak memandu kereta. Dia cuma mengayuh basikal ke tempat kerja dan dia cuma membawa beberapa keping roti untuk dijadikan alas perut. Ketika aku melintasinya, aku lihat dia sedang tertunduk-tunduk menyalitkan gam pada kasut milik siapa. Aku terlihat pula didalam poket bajunya ada dua keping wang kertas. Satu berwarna merah, satu lagi berwarna hijau. Aku pasti itu pungutannya untuk hari itu. Aku lihat langit hampir gelap. Dia belum pulang dan masih menukang. Melihat sakunya aku dapat membayangkan kenapa dia tidak berganjak dari tempat duduknya ke kedai makan sebaliknya cuma mengunyah kepingan roti yang tidak sampai 5 keping. Ini cerita ketika aku bekerja 3 tahun yang lalu. Tetapi hari ini aku masih melihat orang yang sama, duduk di tempat yang sama dan melakukan kerja sama. Dia tetap tidak berubah dari segi fizikal dan mental. Masih kuat dan masih mampu melontarkan senyuman sama seperti dahulu. Maaf kali ini aku tidak menjenguk ke sakunya, jadi aku tidak pasti apakah nilai itu juga masih sama. Itu tak mengapa, tapi aku faham bahawa dia adalah seorang yng hebat kerana masih ceria. Sambil membaiki kasut, dia sempat berbual dengan pelanggannya dan cerita yang disampaikan adalah cerita yang dihimpunkan bertahun lamanya. Cerita dari mata kasar seorang manusia tapi halus dihati sesiapa. Aku mahu berbual dengan manusia sebegitu kerana aku tahu dia pasti mempunyai jutaan cerita dan aku mahu cerita beliau menjadi sumber inspirasi. Aku mahu mendengar cerita itu. Cerita si Tukang Kasut.

Aku bercerita mengenai cerita dalam cerita.

Dihantui Bayang Lama

Aku tertanya kenapa bayang lama itu selalu sahaja menghantui aku sedangkan setiap saat aku telah cuba membuang perkara itu. Apa yang menakutkan ialah bayang itu bukan dari aku sendiri tetapi dari orang lain. Apakah kerana ia selalu disebut-sebut setiap hari. Aku percaya bahawa tak ada siapa dari golongan jantina aku mahu dihantui bayang tersebut kerana aku telah membuat bancian dari semua kenalan lelaki. Jawapan mereka bayangan itu terlalu menyakitkan bagi sesiapa yang benar-benar mahu berjalan jauh. Dan aku memang mahu berjalan jauh tetapi bayang tersebut sering menyentap dari belakang. Aku tidak pasti tentang kehendak bayang itu namun sentapannya terlalu kuat seolah olah mengajak aku berhenti dari meneruskan perjalanan. Tapi aku belum sampai dan aku belum mahu mengalah. Mendengar ungkapan dari empunya bayang itu membuat aku terus terfikir bahawa aku mungkin harus berhenti. Mungkin aku terpaksa berhenti. Barangkali ini bukan perjalanan aku. Jika dari awal aku tahu, aku pasti tidak akan memilih jalan ini. Yang jelas aku telah tersilap kerana tidak bertanya sebelum memulakan perjalanan. Jika aku berhenti, aku pinta ampun kerana itu yang terbaik. Seperti yang pernah engkau ungkapkan satu ketika dahulu.


Merasakan sesuatu yang tidak baik!

Tuesday, April 13, 2010

Permintaan iblis kepada Allah SWT

Anda pasti pernah terbaca peristiwa ini, atau sekurang-kurang pernah terdengar di majlis ilmu. Namun saya ingin mengingatkan kembali peristiwa ini, kerana saya pasti, saya dan anda semua merupakan manusia yang bersikap pelupa. Ini cuma untuk peringatan bersama.
Iblis pernah mendapat gelaran Al-Abid, yang membawa maksud ahli ibadah tapi telah dihalau keluar dari syurga. Namun sebelum iblis dihalau ke bumi kerana sikap bongkaknya yang tidak mahu sujud pada Adam A.S, dia telah membuat permintaan kepada Allah S.W.T.
Berikut adalah permintaan iblis

Iblis berkata, ya Allah, engkau telah memberikan masjid sebagai rumah ibadat manusia, apa pula rumahku?
Lantas Allah memberikannya TANDAS
Iblis berkata, ya Allah, engkau telah memberikan azan sebagai seruan kepada manusia, apa pula azan ku?
Lantas Allah memberikannya apa saja BUNYIAN SEPERTI SERULING
Iblis berkata, ya Allah, engkau telah memberikan makanan kepada manusia, apa pula makanan bagiku?
Lantas Allah memberikan MAKANAN HARAM SERTA YANG TIDAK DISEBUT NAMA ALLAH sebagai makanan iblis
Iblis berkata, ya Allah, engkau telah memberikan minuman kepada manusia, apa pula minuman bagiku
Lantas Allah memberikan MINUMAN YANG MEMABUKKAN sebagai minuman kepada Iblis
Iblis berkata, ya Allah, engkau telah memberikan pakaian kepada manusia, apa pula pakaian bagiku?
Lantas Allah memberikan PAKAIAN YANG TIDAK MENUTUP AURAT sebagai pakaian iblis
Iblis berkata, ya Allah, engkau telah memberikan tulisan kepada manusia, apa pula tulisan bagiku?
Lantas Allah memberikan TATU sebagai tulisan bagi iblis
Iblis berkata, ya Allah, engkau telah memberikan percakapan kepada manusia, apa pula percakapan bagiku?
Lantas Allah memberikan DUSTA, FITNAH sebagai percakapan bagi iblis
Iblis berkata, ya Allah, engkau telah memberikan tempat majlis ilmu kepada manusia, apa pula tempat majlis ilmu bagiku?
Lantas Allah memberikan KAKI LIMA, PASAR-PASAR sebagai majlis ilmu bagi iblis
Iblis berkata lagi, ya Allah, engkau telah utuskan rasul sebagai pembimbing manusia, apa pula utusanku?
Lantas Allah memberi WANITA SEBAGAI UTUSAN IBLIS!


Dikumpul dan diolah semula oleh Amsyar Alaauddin

Monday, April 12, 2010

Benarkah kita kalah?

Kita kecundang dalam sesuatu pertarungan
tapi benarkah kita kalah?
Kita gagal mendapatkan sesuatu yang kita ingini
tapi benarkah kita kalah?
Kita tidak berjaya memenangi hati seseorang
tapi benarkah kita kalah?
Kita sering tersungkur dengan serangan pihak lawan
tapi benarkah kita kalah?
Kita gagal melepasi beberapa halangan
tapi benarkah kita kalah?
Kita sering ditinggalkan seseorang yang kita sayang
tapi benarkah kita kalah?
Kita sering dibelakang dalam perlumbaan
tapi benarkah kita kalah?

Pada hakikatnya kita belum kalah. Lupakah kita pada satu kata hikmat 'kita tak kalah bila kita jatuh, kita hanya kalah bila kita tidak kembali bangun!' Apa yang tinggal ialah kita kembali bangkit kerana sesungguhnya kita belum kalah!


Belum mahu kalah!

Sunday, April 11, 2010

Langkah Kiri Langkah Kanan

Langkah kiri langkah kanan
Ada sendiri ada berteman

Langkah kiri langkah kanan
Perlu mandi perlu makan

Langkah kiri langkah kanan
Itu lelaki itu perempuan

Langkah kiri langkah kanan
Hebat menari hebat persilatan

Langkah kiri langkah kanan
Ada sembunyi ada terang-terangan

Langkah kiri langkah kanan
Manusia rugi manusia berangan

Langkah kiri langkah kanan
Langkah mati langkah sultan

Langkah kiri langkah kanan
Untung sendiri untung berbulan

Langkah kiri langkah kanan
Hidup mencari hidup berpedoman

Langkah kiri langkah sultan
Terfikir mati terfikir amalan



Amsyar Alaauddin

Monday, March 29, 2010

Mengulas Persoalan

Saya selalu melihat ada manusia yang masih terkial-kial dengan persoalan-persoalan yang menghantui hidup mereka. Walhal persoalan itu kadang-kadang tidak sepatutnya dipersoalkan. Saya tidak dapat menjawab mereka dengan tepat tapi saya mahu membuka minda mereka untuk sama-sama berfikir sepertimana mereka sepatutnya berfikir. Walaubagaimanapun saya tidak dapat menguraikan semua persoalan, jadi saya ambil beberapa persoalan secara rawak untuk diulas.

1
Seseorang yang terbaca artikel mengenai Neil Amstrong bukan yang pertama ke bulan.
- Sebenarnya status Neil Amstrong berjaya menjejakkan kaki ke bulan masih diragui kerana dalam gambar yang diambil jelas memperlihatkan bahawa bendera AS berkibar. Bagaimana bendera boleh berkibar dibulan? Ini menimbulkan kesangsian. Jadi abaikan persoalan mengenai Neil Amstrong orang kesembilan, kesepuluh atau kelima belas yang berjaya ke bulan. Lebih baik kita kaji mengenai kesahihan Neil Amstrong ke bulan terlebih dahulu.

2
Manusia bingung mengapa terdapat air didalam kelapa.
- Sudah menjadi lumrah, setiap kejadian Allah ada hikmahnya. Allah mengurniakan nikmat dalam nikmat pemberian-Nya. Disebalik nikmat air kelapa dapat menghilangkan dahaga, Allah juga memberi nikmat bahawa air buah kelapa dapat mengubati demam campak, sebagai penawar beberapa racun, dan dapat meneutralkan asid berlebihan dalam badan manusia. Soal bagaimana air itu wujud di dalam buah kelapa, itu kuasa Allah dan tak akan tercapai akal manusia untuk membayangi kuasa pencipta mereka sendiri.

3
Kenapa manusia menggemari sunnah Rasulullah yang berkahwin lebih dari satu.
-Ya manusia menggemari perkara ini kerana Rasulullah berkahwin lebih dari satu untuk membantu manusia yang dalam kesusahan. Dan lelaki jika memang dibenarkan dalam agama untuk berkahwin empat. Itu ketetapan Allah, ada siapa dari kalangan anda yang cuba mahu mempertikaikan ketetapan Allah? Wanita semakin ramai melebihi bilangan lelaki, tetapi ramai dari mereka yang sudah rosak akhlaknya, jadi dikurniakan lelaki untuk membimbing mereka ke jalan yang lebih baik. Jika lelaki hanya dibenarkan berkahwin satu, maka ramailah wanita yang tidak dapat berumah tangga.

4
Kita tahu bahawa Yahudi sudah menggenggam dunia, tapi mengapa Islam masih berpecah?
- Rasulullah pernah membuat 3 permintaan kepada Allah, 2 daripadanya dimakbulkan. Permintaan ketiga Rasulullah kepada Allah adalah 'Ya Allah, aku tidak mahu umatku rosak kerana pertelagahan sesama sendiri', kabulkan doa ku supaya umatku tidak bertelagah sesama sendiri'. Namun permintaaan ini ditolak, kerana memang itu sikap manusia sudah terlalu cintakan dunia. Sudah dipijak masih mahu menjaga kepentingan kepercayaan karut sendiri seperti puak syiah yang menganggap Rasulullah pengecut. Walhal hakikat yang tepat adalah sebaliknya. Kita di Malaysia sendiri sudah ada keretakan dalam agama, dan kesan retak itu akan jelas kelihatan jika Yahudi membuat perkampungan disini.


Maafkan saya tidak dapat menjawab semua persoalan, dan maafkan saya jika tersilap membuat kenyataan. Jika ada, anda berhak menegur saya kerana manusia memang membuat kesilapan. Namun saya telah mencuba yang terbaik untuk mereka yang masih bingung dengan persoalan-persoalan tersebut. Adakala mereka berfikir tentang perkara yang terlalu remeh, adakala mereka berfikir tentang perkara yang terlalu kompleks sehingga terlupa untuk berfikir tentang diri sendiri dan keluarga. Saya tidak mempertikai amalan siapa kerana saya tetap manusia yang jahil. Namun saya mahu anda membuka minda untuk menerima ajaran yang baik. Janganlah kamu terlalu cepat menghitung kerana sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha penghitung.


Amsyar sekadar mengulas.

Thursday, March 25, 2010

Long Term Story

We make it so fast, that we can’t turn
We never be last, as we don’t burn
We go to Seven Eleven
To feel like play in heaven

But now we see, is just hell
The girl is free but shes not well
She got nothing, just ‘her things’
For us that bring all the swing

For the rest of our life
We just got what we drive
But we’ll always be strong
And denied all the wrongs
(all the wrongs)

And the times we see ahead
We glaze with rosy red
We don’t want to be the head
We don’t want to be fade

And then we turn back to car
That we park not too far
To create the moment, and memory
And make it all, a story

Long term story!



Song : Amsyar Alaauddin & Ridhwan Abdullah
Lyric : Amsyar Alaauddin
Band : Tidor

Saturday, March 20, 2010

Manusia Berteman

Manusia membesar dan manusia gembira. Manusia makan dan manusia minum. Ada dimuntahkan, ada dihadamkan. Yang diluah itu tak semestinya teruk, yang dihadam itu tak semestinya baik. Manusia tidak boleh terbang seperti burung, tidak boleh berenang sepantas ikan dilaut. Namun manusia dikurniakan akal dan perasaan. Manusia mencipta persahabatan. Manusia punya teman, dan bila berteman manusia akan lebih yakin. Yakin untuk terus bersuara, yakin untuk terus berjalan. Barangkali teman tidak mendahului didepan, tidak mengekori dari belakang. Tetapi teman itu akan sentiasa disisi. Dari situ manusia akan lebih bersemangat. Ayuhlah kita mencipta teman kerana berjalan berteman didalam gelap barangkali lebih dari berjalan sendiri didalam cerah.


Teman-teman sentiasa disisi Amsyar.

Friday, March 19, 2010

Bertemankan Debu

Ku sedang berjalan
Bersamamu rakan, berteman

Namun kau berhenti
Disini, menanti yang pasti

Ku mahu bermula
Seperti sediakala
Kembali semula

Ku ambilkan nota
Kucatatkan cerita
Ku mahu berkata

Debu-debu dijalan
Kukutip dan kusimpan
Kuhargai semua insan

Tidak aku ratapi
Apa yang telah pergi
Biarlah ia sebati

Ku berjalan lagi
Sendiri, mengerti
Oh sunyi!

Dan hari-hari ku
Berlalu, berliku
Berbatu!
------------------

Senilagu : Amsyar Alaauddin
Senikata : Amsyar Alaauddin
Seni muzik : Amsyar Alaauddin & Ridhwan Abdullah

Kord yang digunakan
Verse - C G Am F G C
Bridge - F G Em Am F G C
Chorus - F G C Am F G C

Saturday, March 13, 2010

Penulis Desa

Sekarang kita lihat menulis blog sudah menjadi satu hobi. Bilangan penulis blog seperti rumput di padang bola. Apa yang mereka tulis banyak membuka idea baru kepada dunia. Ada pula yang menulis kerana mahu perhatian. Mereka tidak salah. Semua manusia mahu perhatian. Usah terkehel menyatakan tidak. Kita sama-sama menumpang, kita sama-sama merasa. Saya punya masa membaca blog, saya juga punya masa menulis blog. Saya juga sama, tetap menulis. Mereka menulis mengikut perasaan, saya menulis tentang perasaan. Disitu terdapat beza antara kita. Manusia tidak sama. Saya tidak menulis untuk wang, saya menulis untuk perhatian. Saya menulis untuk dibaca. Saya bukan dibidang perundangan ketika menulis, bukan juga dibidang sains. Tapi dalam bidang falsafah. Saya tidak mencipta perkara baru, saya cuma memperhalusi barang kasar. Apa yang sebahagian daripada mereka berfikir mereka telah mencipta perkara baru, sebenarnya tidak. Saya tidak menjana idea, saya cuma membawa mereka untuk berfikir ke arah idea tesebut. Saya gemar mencipta perbualan kerana perbualan dapat mencetuskan idea. Saya juga banyak mendiamkan diri kerana bagi saya manusia banyak berfikir ketika mendiamkan diri. Cuba kita teliti perumpamaan inggeris, ‘intelligent speaks no word’. Kita tidak semestinya perlu berbual untuk perkara penting sahaja, kerana kita belum tahu barangkali perkara penting tersembunyi disebalik perbualan kosong. Ayuh kita menulis sesuatu yang baru, yang tidak hanya berbaur basi. Dan sebelum saya tamatkan penulisan ini dengan sepotong ayat terakhir, ingin saya bertanya. Saya pernah ibaratkan perempuan sebagai kopi panas diatas meja. Gelas yang cantik tidak semestinya kopi itu berkualiti. Kita tidak boleh terus minum, kita perlu pastikan ia tidak terlalu panas. Dan sebelum kopi itu dihabiskan, kita perlu merasa pahit kopi tersebut, jika perlu tambahkan gula, tambahkan sedikit demi sedikit. Jangan gopoh, jangan terlalu banyak supaya tidak terlalu manis. Barangkali membawa penyakit. Adakah anda setuju?

Dan Amsyar meneguk kopi pahitnya dengan sedikit gula dimulut

Friday, March 12, 2010

Curse of Heart

In a shed i found a spider

It scurry away so scatter

It spit a spleen and spew a spume

I sheath a shawl to shell my shin

-

In this scene i fell so hard to arrange

Coz' i feel awkward to see the taint

-

As long i gaze

I feel so laze

But when im cross

Its change almost!

-

Song/lyric : Amsyar Alaauddin

Friday, February 19, 2010

Perbualan

Perbualan. Itu tajuknya. Teringat di zaman sekolah selalu ditegur oleh guru kerana kerap berbual dalam sesi pembelajaran. Kalau berbual memang seronok, apatah lagi bersandar di sofa merah, menghadap dua gelas minuman yang sama. Telefon bimbit sudah sunyi sepi. Nampak sangat berbunyi kerana selalu SMS kawan. Sekarang kawan itu disebelah. Jadi ia senyap seketika. Dia mahu berbual secara bertentangan mata. Perbualan ini tidak dicas 1/2 sen satu perkataan. Kenapa mesti berbual? Kerana perbualan dapat merungkaikan seribu persoalan. Perbualan dapat melenyapkan sejuta keraguan. Perbualan dapat menyelesaikan beraneka masalah. Perbualan dapat mencipta idea. Perbualan dapat merapatkan perhubungan. Perbualan dapat mengeratkan persahabatan. Dan pelbagai lagi jawapan lain. Cara memulakan perbualan antaranya adalah dengan bertanya. Kalau ditanya mesti jawab. Kalau ditanya mesti dibalas. Kalau ditanya jangan diamkan diri. Itu cara untuk memulakan perbualan. Barangkali soalan itu tidak baik, tetapi jawapannya akan membawa ke arah kebaikan. Jawapan yang dapat menyelesaikan sesuatu isu. Panas atau sejuk, belakang cerita. Yang penting tidak berbaur lucah. Bukan untuk menekan. Untuk membaiki, untuk membina, dan untuk mencipta perkara baru. Jadi teruskan berbual. Semoga perbualan itu terus dikenang. Jika seseorang meninggal dunia, ingat perbualan ketika bersama. Yang buruk perlu dibuang, yang baik harus dikenang.


Bila Amsyar berbual.

Monday, February 15, 2010

Semalam dan Hari Ini

Semalam aku berjalan seribu batu dengan keriangan
banyak cerita yang aku perbualkan
namun tiada satu perkara yang aku pelajari

Hari ini aku berjalan seribu batu bersama kedukaan
tiada sepatah kata yang aku perbualkan
namun berjuta pengajaran yang dapat ku pelajari

Sesungguhnya aku punya perasaan
Sesungguhnya aku punya harapan



Amsyar, 6:16 pagi

Sunday, February 7, 2010

Manusia Miskin

Apalah guna mahu disanjung
sedangkan ia pasti berpenghujung

apalah guna harta bersarang
sedangkan ianya pasti akan hilang

apalah guna ber hidup mewah
sedang mati pasti dibawah

apalah guna belajar cemerlang
sedang hidup tidak sembahyang

apalah guna dikekal muda
sedang ajal reput dikeranda

apalah guna bergelar jutawan
sedang mati dibungkus kapan

apalah guna anak seribu
sedang mati berdoa tak tahu

apalah guna menangis disingkir
sedang amalan tiada secangkir

apalah guna hebat mengupah
sedang mati di kambus tanah

apalah guna pangkat terhormat
sedang di barzakh tidak selamat

apalah guna bersuami disuka
sedang agama dipandang celaka

apalah guna melalak menjerit
sedang mati pastinya sulit

apalah guna disanjung kafir
sedang Izrail semakin hampir.


MAHA Zainuddin

Wednesday, January 20, 2010

Katamu bukanmu!

Kau kata kau bahagia
tapi mengapa kau tak ceria

kau kata kau gembira
tapi mengapa dimatamu bergelora

kau kata kau berubah
tapi mengapa yang lama masih tak sudah sudah

kau kata kau tertawa
tapi mengapa kau terluka jiwa

kau kata kau terhibur
tapi mengapa aku lihat kau dihambur

kau kata kau sayang
tapi mengapa kau tak berterus terang

kau kata kau rindu
tapi mengapa kau tak berhubung selalu

kau kata kau menangis gembira
tapi mengapa ia tidak bila gembira

kau kata kau sudah biasa
tapi mengapa kau sering terasa

kau kata kau sembahyang
tapi mengapa kau masih berkata sebarang

kau kata kau tak dibenci
tapi mengapa kau kerap dicaci

kau kata kau dicinta lelaki
tapi mengapa aku lihat kau selalu dimaki



ditulis oleh MAHA
jam 4 pagi 20 Januari 2010

Sunday, January 17, 2010

Pada Fikirnya Masih Sempat

Kalau dulu manusia banyak yang hancur kerana perbuatan sendiri. Kita pasti tahu kebanyakan dari mereka. Lihat saja kaum Qutbi yang menganiayai kaum Israel dengan kerahan pembinaan piramid, Firaun yang bongkak dengan sifat ketuhanannya, tidak pernah sakit, lantas diutuskan seorang rasul dari kaum Israel bernama Musa a.s, seorang lelaki, untuk menyedarkan mereka. Namun akibat keangkuhan, mereka ditenggelamkan jua di dalam laut.

Namun itu cerita dahulu, apa pula sekarang? Peristawa sama tetap berulang. Manusia masih dengan sikap yang sama, wanita di sana sini membuka aurat, menayangkan rambut hitam merah perang oren, membungkangkan dada putih gebu, menampakkan peha tebal berisi dan seribu lagi dosa yang pada fikiran mereka itu dosa kecil. Orang begini memang berakal berbanding lembu, namun iman mereka serapuh kaca lampu kalimantan. Apa lagi mahu dinasihatkan jika jawapan mereka, ‘esok lusa kami pakailah, sampai masa kami berubahlah’. Itu jawapan yang boleh kita dengar di mana mana tempat kita bertanya. Hah! Mereka ini sudah tahu tarikh kematian barangkali. Sedang yang lain masih tidak percaya akan hidup mereka sesaat kemudian. Lantas terfikir dalam minda, apa mereka sudah lupa akan azab api neraka. Atau mereka pernah ke sana, dan mampu bertahan dengan kepanasan akhirat. Persoalan ini memungkinkan lagi umat di zaman ini akan ditimpa bala seperti orang dahulu.

Kita boleh lihat bangsa melayu dengan laungan ketuanan melayunya, dengan hampir kesemua dari mereka beragama islam. Orang melayu yang kita lihat ini banyak mempertikaikan tentang kejahatan bangsa Israel. Pada hemat mereka, Israel terlalu jahat untuk dinamakan manusia. Orang Israel kufur dengan ‘nikmat dalam nikmat’ kurniaan Allah. Namun melayu juga banyak melakukan perkara yang sama seperti yang bangsa Israel lakukan. Saya tidak menyebelahi kaum Israel namun saya masih mencontohi perbuatan yang baik untuk dicontohi. Bangsa Israel juga mencontohi Rasulullah dalam perniagaan. Mereka mengaut rezeki dunia melalui perniagaan dengan 70% perniagaan dunia dikuasai oleh mereka. Malah segala hasil produk mereka diguna pakai oleh bangsa melayu. Contohnya Microsoft, Coca-cola, dan sebagainya. Lihat pula apa yang melayu buat, video lucah saja yang banyak.

Kita boleh lihat wanita melayu dalam video-video lucah. Ada yang bertudung, berseluar panjang, berpurdah, berbaju kecil, dan berbagai lagi. Semuanya ada. Itu yang kita fikir ekstrem. Yang kita ambil mudah masih banyak. Yang tidak menutup aurat masih bersepah. Usah pertikaikan tentang peratusan yang masih punya dara, 10%, 20% langsung tak penting lagi. Kalau dah semua perempuan tidak lagi bertudung, tempat mereka hanya di neraka, tak perlu lagi berzina. Ada yang pernah berkata pada saya, ‘tak semestinya saya tak bertudung saya jahat’. Apa jahat maksudmu? Dengan Allah sudah engkau kufur, apa lagi sesama manusia. Perempuan jenis ini tersangat bongkak, seribu pengajaran ditabur, pengajarannya tetap sama yakni ‘sampai masa berubahlah’.

Jangan perempuan ini mahu menjadi ibu kepada anakku. Aku masih punya agama untuk digenggam. Usah kau ulang kata kata ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’ kalau dosa pahala pun kau campur. Masuk kelas agama bertudung, keluar kesana baju pun terbelah. Apa kau fikir tuhan mu bersikap manusia. Apa kau fikir dunia ini engkau yang punya. Sedarlah diri itu menumpang, dunia punya banyak simpang, yang baik juga engkau buang, mainan kata bukan kepalang, kalau sudah kiamat harta setinggi gunung pun hilang.


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Riwayat Muslim)
  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
  • Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang.

Oleh Muhammad Amsyar bin Hussain Alaauddin