Friday, February 19, 2010

Perbualan

Perbualan. Itu tajuknya. Teringat di zaman sekolah selalu ditegur oleh guru kerana kerap berbual dalam sesi pembelajaran. Kalau berbual memang seronok, apatah lagi bersandar di sofa merah, menghadap dua gelas minuman yang sama. Telefon bimbit sudah sunyi sepi. Nampak sangat berbunyi kerana selalu SMS kawan. Sekarang kawan itu disebelah. Jadi ia senyap seketika. Dia mahu berbual secara bertentangan mata. Perbualan ini tidak dicas 1/2 sen satu perkataan. Kenapa mesti berbual? Kerana perbualan dapat merungkaikan seribu persoalan. Perbualan dapat melenyapkan sejuta keraguan. Perbualan dapat menyelesaikan beraneka masalah. Perbualan dapat mencipta idea. Perbualan dapat merapatkan perhubungan. Perbualan dapat mengeratkan persahabatan. Dan pelbagai lagi jawapan lain. Cara memulakan perbualan antaranya adalah dengan bertanya. Kalau ditanya mesti jawab. Kalau ditanya mesti dibalas. Kalau ditanya jangan diamkan diri. Itu cara untuk memulakan perbualan. Barangkali soalan itu tidak baik, tetapi jawapannya akan membawa ke arah kebaikan. Jawapan yang dapat menyelesaikan sesuatu isu. Panas atau sejuk, belakang cerita. Yang penting tidak berbaur lucah. Bukan untuk menekan. Untuk membaiki, untuk membina, dan untuk mencipta perkara baru. Jadi teruskan berbual. Semoga perbualan itu terus dikenang. Jika seseorang meninggal dunia, ingat perbualan ketika bersama. Yang buruk perlu dibuang, yang baik harus dikenang.


Bila Amsyar berbual.

2 comments:

Anonymous said...

abih kwn yg tgu berbual tu pe cer?

Amsyar Alaauddin said...

dia kene 'lek lek lek'