Tuesday, October 12, 2010

Menyelam

Tak dinafikan bahawa mereka yang rajin menilik barang dalam bundle pasti akan berjumpa dengan baju-baju yang jarang termilik oleh penggemar bundle yang lain. Malah ada yang terjumpa baju yang mungkin hanya beliau seorang sahaja yang memakainya di Malaysia. Tapi sebenarnya, perihal terjumpa barang 'rare' ini lebih bergantung kepada dua faktor. Pertama nasib dan kedua mampu. Nasib merujuk kepada rezeki dimana kebetulan pada saat seseorang menyelam beliau terjumpa sesuatu yang menjadi idaman semua. Tanpa nasib, walau kedasar mana pun kita menyelam kita tidak akan jumpa walau sehelai baju yang punya nilai. Faktor kedua adalah mampu yang merujuk kepada kemampuan kewangan. Jika kita terjumpa dengan sesuatu yang bernilai sekalipun, jika harga yang ditwarkan tidak bersesuaian dengan nilai taruhan dalam poket, maka ia menjadi sesuatu yang membuatkan hanya gigit jari. Namun kita tidak pernah tahu rezeki sendri, jadi apa yang harus dibuat teruskan menyelam sedalam-dalamnya. Tapi jangan lupa tebalkan poket supaya kisah memgigit jari ini tidak berlaku. Apa yang pasti, dasar mana pun pasti ada ikan.

Keep going bundlers!

No comments: