Sunday, January 17, 2010

Pada Fikirnya Masih Sempat

Kalau dulu manusia banyak yang hancur kerana perbuatan sendiri. Kita pasti tahu kebanyakan dari mereka. Lihat saja kaum Qutbi yang menganiayai kaum Israel dengan kerahan pembinaan piramid, Firaun yang bongkak dengan sifat ketuhanannya, tidak pernah sakit, lantas diutuskan seorang rasul dari kaum Israel bernama Musa a.s, seorang lelaki, untuk menyedarkan mereka. Namun akibat keangkuhan, mereka ditenggelamkan jua di dalam laut.

Namun itu cerita dahulu, apa pula sekarang? Peristawa sama tetap berulang. Manusia masih dengan sikap yang sama, wanita di sana sini membuka aurat, menayangkan rambut hitam merah perang oren, membungkangkan dada putih gebu, menampakkan peha tebal berisi dan seribu lagi dosa yang pada fikiran mereka itu dosa kecil. Orang begini memang berakal berbanding lembu, namun iman mereka serapuh kaca lampu kalimantan. Apa lagi mahu dinasihatkan jika jawapan mereka, ‘esok lusa kami pakailah, sampai masa kami berubahlah’. Itu jawapan yang boleh kita dengar di mana mana tempat kita bertanya. Hah! Mereka ini sudah tahu tarikh kematian barangkali. Sedang yang lain masih tidak percaya akan hidup mereka sesaat kemudian. Lantas terfikir dalam minda, apa mereka sudah lupa akan azab api neraka. Atau mereka pernah ke sana, dan mampu bertahan dengan kepanasan akhirat. Persoalan ini memungkinkan lagi umat di zaman ini akan ditimpa bala seperti orang dahulu.

Kita boleh lihat bangsa melayu dengan laungan ketuanan melayunya, dengan hampir kesemua dari mereka beragama islam. Orang melayu yang kita lihat ini banyak mempertikaikan tentang kejahatan bangsa Israel. Pada hemat mereka, Israel terlalu jahat untuk dinamakan manusia. Orang Israel kufur dengan ‘nikmat dalam nikmat’ kurniaan Allah. Namun melayu juga banyak melakukan perkara yang sama seperti yang bangsa Israel lakukan. Saya tidak menyebelahi kaum Israel namun saya masih mencontohi perbuatan yang baik untuk dicontohi. Bangsa Israel juga mencontohi Rasulullah dalam perniagaan. Mereka mengaut rezeki dunia melalui perniagaan dengan 70% perniagaan dunia dikuasai oleh mereka. Malah segala hasil produk mereka diguna pakai oleh bangsa melayu. Contohnya Microsoft, Coca-cola, dan sebagainya. Lihat pula apa yang melayu buat, video lucah saja yang banyak.

Kita boleh lihat wanita melayu dalam video-video lucah. Ada yang bertudung, berseluar panjang, berpurdah, berbaju kecil, dan berbagai lagi. Semuanya ada. Itu yang kita fikir ekstrem. Yang kita ambil mudah masih banyak. Yang tidak menutup aurat masih bersepah. Usah pertikaikan tentang peratusan yang masih punya dara, 10%, 20% langsung tak penting lagi. Kalau dah semua perempuan tidak lagi bertudung, tempat mereka hanya di neraka, tak perlu lagi berzina. Ada yang pernah berkata pada saya, ‘tak semestinya saya tak bertudung saya jahat’. Apa jahat maksudmu? Dengan Allah sudah engkau kufur, apa lagi sesama manusia. Perempuan jenis ini tersangat bongkak, seribu pengajaran ditabur, pengajarannya tetap sama yakni ‘sampai masa berubahlah’.

Jangan perempuan ini mahu menjadi ibu kepada anakku. Aku masih punya agama untuk digenggam. Usah kau ulang kata kata ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’ kalau dosa pahala pun kau campur. Masuk kelas agama bertudung, keluar kesana baju pun terbelah. Apa kau fikir tuhan mu bersikap manusia. Apa kau fikir dunia ini engkau yang punya. Sedarlah diri itu menumpang, dunia punya banyak simpang, yang baik juga engkau buang, mainan kata bukan kepalang, kalau sudah kiamat harta setinggi gunung pun hilang.


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Riwayat Muslim)
  • Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.
  • Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.
  • Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang.

Oleh Muhammad Amsyar bin Hussain Alaauddin

No comments: