Sekarang kita lihat menulis blog sudah menjadi satu hobi. Bilangan penulis blog seperti rumput di padang bola. Apa yang mereka tulis banyak membuka idea baru kepada dunia. Ada pula yang menulis kerana mahu perhatian. Mereka tidak salah. Semua manusia mahu perhatian. Usah terkehel menyatakan tidak. Kita sama-sama menumpang, kita sama-sama merasa. Saya punya masa membaca blog, saya juga punya masa menulis blog. Saya juga sama, tetap menulis. Mereka menulis mengikut perasaan, saya menulis tentang perasaan. Disitu terdapat beza antara kita. Manusia tidak sama. Saya tidak menulis untuk wang, saya menulis untuk perhatian. Saya menulis untuk dibaca. Saya bukan dibidang perundangan ketika menulis, bukan juga dibidang sains. Tapi dalam bidang falsafah. Saya tidak mencipta perkara baru, saya cuma memperhalusi barang kasar. Apa yang sebahagian daripada mereka berfikir mereka telah mencipta perkara baru, sebenarnya tidak. Saya tidak menjana idea, saya cuma membawa mereka untuk berfikir ke arah idea tesebut. Saya gemar mencipta perbualan kerana perbualan dapat mencetuskan idea. Saya juga banyak mendiamkan diri kerana bagi saya manusia banyak berfikir ketika mendiamkan diri. Cuba kita teliti perumpamaan inggeris, ‘intelligent speaks no word’. Kita tidak semestinya perlu berbual untuk perkara penting sahaja, kerana kita belum tahu barangkali perkara penting tersembunyi disebalik perbualan kosong. Ayuh kita menulis sesuatu yang baru, yang tidak hanya berbaur basi. Dan sebelum saya tamatkan penulisan ini dengan sepotong ayat terakhir, ingin saya bertanya. Saya pernah ibaratkan perempuan sebagai kopi panas diatas meja. Gelas yang cantik tidak semestinya kopi itu berkualiti. Kita tidak boleh terus minum, kita perlu pastikan ia tidak terlalu panas. Dan sebelum kopi itu dihabiskan, kita perlu merasa pahit kopi tersebut, jika perlu tambahkan gula, tambahkan sedikit demi sedikit. Jangan gopoh, jangan terlalu banyak supaya tidak terlalu manis. Barangkali membawa penyakit. Adakah anda setuju?
Dan Amsyar meneguk kopi pahitnya dengan sedikit gula dimulut
Dan Amsyar meneguk kopi pahitnya dengan sedikit gula dimulut
2 comments:
mengemari hasil penulisan amsyar :) keep in touch
terima kasih :)
tapi sebenarnya saya kurang pasti siapa Fiqa Azman sebenarnya
Post a Comment