Saturday, August 6, 2011

Monumen Kapur

Kelewatan dalam melangkah mungkin bukan faktor, namun ianya membimbing ke arah satu landasan yang kurang lengkap sekiranya tidak dialas dengan harapan. Dunia sedar dimana tidak ada istilah lewat untuk memulakan kejayaan. Malah ada yang sudah melepasi garis tandus yang memberi erti tamat masih mampu memikul harapan semalam. Monumen kapur adalah istilah bagi sesuatu yang rapuh. Cenderung dengan ancaman hakisan. Semalam ianya dibina dengan tangan-tangan kasar. Monemun kapur, atas nama harapan, mengheret minda untuk menyatakan kita masih bertongkat. Saya membina monumen kapur pada saat mereka kekurangan intelektualiti dalam menafsir harapan. Namun monumen kapur masih jelas. Masih berupaya memikul galas selaku arca harapan, yang biarpun masih dipayungi keraguan. Namun ianya titik mula, malah sebuah lorong gelap yang tidak pasti dilihat umum. Hari ini saya masih menghitung kalau-kalau segala idea penulisan semalam dijadikan monumen kapur sebagai medium perjuangan dalam mengggalas harapan. Ianya simbolik.

Rapuhnya bak kapur, teguhnya bak monumen.

No comments: