Tuesday, August 9, 2011

Senda Ramadhan

Sepasang kekasih yang baru sahaja putus cinta

A : You pergi mati lah
B : Habis dah you suruh I pergi mati, kenapa you ikut I lagi?
A : Pasal I nak tengok macam mana you mati
B : -,-"

Sumber : Amier Firdaus, UiTM Jengka



Jam Budak Punk

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumahnya. Dengan bangga dia menunjukkan semua barang antik miliknya.

Kawannya bertanya, "apebenda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"
"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia terkedu seketika.

No comments: