Hari ini Lin Dan melengkapkan kejuaraan dunia yang dimenanginya sebanyak 4 kali. Ia bermaksud Lee Chong Wei masih belum dapat memenangi kejohanan ini. Ketika ini rakyat Malaysia masih menangis untuk kekalahan ini. Ternyata Lin Dan masih seorang yang terlalu unggul untuk dikalahkan. Bahkan jika ada title 'World Perfect Player' ianya layak diberikan pada Lin Dan. Namun persembahan Lee Chong Wei telah membuka mata dunia bahawa semangat Malaysia Boleh itu bukan sekadar omong kosong. Bagi mereka yang mengikuti perlawanan akhir Kejuaraan Badminton Dunia 2011, kita dapat simpulkan satu perkara bahawa adunan semangat juang yang tinggi dapat menyaingi mana-mana pemain handalan termasuk 'World Perfect Player'. Cuma kita terkilan kerana mungkin nasib tidak menyebelahi kita. Apa yang dipersembahkan oleh Datuk LCW adalah sebuah persembahan bertaraf dunia yang barangkali belum tentu dapat dipersembahkan oleh pemain badminton lain. Syabas untuk Lee Chong Wei atas semangat juang beliau, syabas juga untuk Lin Dan atas kemenangannya. Tidak lupa kepada rakyat Malaysia dan tahniah kepada kawan-kawan di UiTM Jengka yang memenuhi kerusi-kerusi menonton TV dan bertepuk tangan kepada Datuk LCW tanda sokongan.
Malaysia sentiasa boleh!
No comments:
Post a Comment